Jumaat, 15 April 2011

Kenapa dengan hantaran?

                                                       Hantaran....
Satu perkataan yang boleh buat lelaki gerun dan takut...
Kenapa?? 
Kepada wanita, tanya la pakwe atau bakal pakwe korang...
Diaorang lebih mengetahui... Heheee...


Sekadar gambar perhiasan
Apakah faktor yang digunakan bagi menetapkan jumlah hantaran?
Harga emas kah?
Harga petrol kan?
Harga gula kah?

Korang mesti pernah dengar orang yang meletakkan jumlah hantaran berdasarkan taraf
"Anak makcik belajar tinggi, sampai tingkat 10, so hantaran kena tinggi"
"Anak makcik pegawai"
"Anak makcik keje kat KL"
dan macam² lagi...




Penting ke sebenarnya hantaran yang tinggi?
Hantaran yang tinggi tak menjamin kebahagian...
Orang cakap la, bukan ApiH... Heheee...

Hantaran sebenarnya menjurus kepada adat warisan
Berbeza dengan maskahwin yang wajib mengikut syarak

“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian yang halal itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”.
[An-Nisaa: 4]

Kepada wanita², pikirkan lah sebelum meminta jumlah hantaran...
Janganlah sampai membebankan pakwe, tunang atau suami anda kemudian hari..

Kepada lelaki, siap sedia la...
Makin lama, harga barang makin naik...
Secara automatik, kos hantaran makin meningkat...
So dipendekkan citer, kahwin la cepat²... hahaaaa....

14 Komen:

mykhalis berkata... Reply to comment

ni luahan hati lelaki bujang ke ape nie?hehe

ApiH berkata... Reply to comment

@ mykhalis


ApiH mewakili diaorang je... nak cakap kat awek sendiri takut... so biar ApiH yang luah bg pihak diaorang...hahaaaa...

FurBall berkata... Reply to comment

baru cte pasal kahwin jugak nih..ahahaha

Miss Tira berkata... Reply to comment

Nasiblaa kita generasi barang naik ni. Semua nak naik je sampai hantara pun naik. Haha.

miss shark berkata... Reply to comment

hahahaa.. macam tu pun ada ke? tapi, betul jugak. harga barang memang dah naik ni. cepat2 la kawin :D

storyfromme berkata... Reply to comment

benda ni selalunya parents pihak perempuan yang tentukan.tapi kalau parents da letak hantaran tinggi,pihak perempuan kena la pujuk parents supaya rendahkan sikit.kesian kat pihak lelaki.

ApiH berkata... Reply to comment

@ FurBall

citer yang tengah hot skrang... heheee...

ApiH berkata... Reply to comment

@ Miss Tira


So cepat2 la kawin sebelum makin naik... hahaaa...

ApiH berkata... Reply to comment

@ miss shark

Macam2 skrang ada.. betul tu.. cepat2 la suruh pakwe masuk meminang ye... heheee...

ApiH berkata... Reply to comment

@ storyfromme

betul tu.. org pempuan kna la memahami pihak lelaki... kesian kat kami.. heheee...

Munirah Johari berkata... Reply to comment

Harga hantaran ni naek sbb harga barang2 dh naek skrg ni...x kan nk mjamu tetamu dgn bihun gOreng ja...tp pihak pmpn nk letak hantaran pn beragak la sket...x sanggup nk membebankan bakal suami sndri...

ApiH berkata... Reply to comment

@ Munirah Johari

mintak hantaran yang simple2 dah la.. yang harga tak naik... heheee...

betul tu.. mintak biar berpada2... lain la bakal suami tu jutawan, hartawan...

Koding berkata... Reply to comment

Yang wajibnya mas kahwin...

ApiH berkata... Reply to comment

@ Koding

betul tu... patut pikir yang tu dl.. dalam khutbah tadi pun ade cakap pasal kahwin ni. hehee...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...