Jumaat, 24 Jun 2011

Ada apa dengan menara

Apa yang best kat menara ni...
macam sama aje dengan menara lain...































Ada sape² yang berani ke naik permainan atas menara ni?
ApiH pikir 100 kali dulu la kalau nak naik tu.. Heheee..

Selasa, 21 Jun 2011

Antara TNB dan Lilin

ApiH rasa ada yang pernah dengar citer ni, tapi ApiH nak tulis jugak.
Citer ni ApiH dapat dari email seorang kawan ;)


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan..

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami,
dengan nada manja seraya berkata, "Ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak
pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat
dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa
pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh
pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan
dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" 
"Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan
lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss
saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas
balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni
sebulan lewat?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam
komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu
lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun
awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
"Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada
yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan
pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan
suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar
dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu
oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti
dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai
TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya
berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni
semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan
kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?
Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni
berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik,
sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu,
Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri
saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya
isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."

=TAMAT=



Isnin, 20 Jun 2011

Mudanya dah kahwin

Sekarang ramai orang kahwin muda. Kalau pergi klinik ibu dan anak, boleh tengok ramai ibu² muda yang buat check-up. Ada bagusnya jugak kahwin muda ni kalau mampu dan dah sampai tahap wajib kahwin kan. hehee...


Sekarang pun banyak isu orang berkahwin dengan perempuan muda atau bawah umur. Pada 2010 je, kita digegarkan dengan berita seorang lelaki berumur 40 tahun berkahwin dengan perempuan berumur 10 tahun dan perempuan itu dikategorikan bawah umur. Bawah umur tu berapa ye?? Mengikut Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia, lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas, perempuan pula berusia 16 tahun ke atas. (Boleh rujuk sini)Kenapa lelaki umur 18 tahun baru boleh kahwin??? heheee... 


berbalik kepada tajuk di atas, kahwin muda ni ada kebaikannya. Antara kebaikan kahwin muda mengikut pandangan ApiH ialah;
  • dapat elak berlakunya zina. Apabila zina tidak berlaku, maka tiada la kes buang bayi dan macam² lagi gejala sosial akan berkurangan. Dah ada cara halal, kanapa nak pilih yang haram kan...
  • dapat elak maksiat. Bila dah kahwin, takde sapa nak marah kalau kita berkepit dengan isteri sendirikan. Tapi sekarang pun kebanyakan ibubapa tak kisah pun anak diaorang berkepit dengan sapa² pun..
  • hati rasa tenang je. Dah kahwin, tak perlu la nak pikir atau risau awek dikebas orang. Atau risau awek cari lain... 
  • dapat mematangkan seseorang. Bila dah kahwin, kita akan ada tanggungjawab. Tapi kadang² ada jugak orang tak berubah bila dah kahwin..
  • ape lagi ye....

Tapi kahwin awal pun ada keburukannya jugak seperti;
  • rumahtangga cepat bergelora. Ni berlaku sebab kurang ilmu dan kurang matang. Kadang² diaorang pikir kahwin ni hanya untuk halal bersama atau bahasa kasarnya hanya untuk sex. Tak pikir komitmen kahwin tu. Kalau kahwin terpaksa lagi la... haru biru jadinya.. 
  • tak puas enjoy. Bila tak puas enjoy, mula la berlagak macam masih bujang. Enjoy sana sini, keluar dengan kawan² sampai malam dan macam² lagi aktiviti bujang dilakukan. Yang merananya yang duk rumah menunggu pasangan balik. Kan baik kalau pergi enjoy sama² alang2 dah kahwin... heheee...
  • apa lagi keburukan kahwin awal ni ye.. korang tambah la sendiri

Semua kebaikan dan keburukan tu dari pandangan ApiH. Kalau korang rasa ada lagi nak tambah atau rasa tak setuju, sila komen. ApiH menerima pendapat dan kritikan dengan hati terbuka.. ceewaaahhh... HAHAAA....


Apa pun tak tahu...

Apa akan jadi apabila boss apa pun tak tau??
hanya tau bagi arahan itu dan ini aje...



contohnya, boss hanya bagi arahan design camtu camni
tapi tak tahu pun camna nak guna software untuk design benda tu..
hanya harapkan pekerja..
bila pekerja buat tak sama dengan apa yang dia nak..
nak marah² kat pekerja tu
padahal tak semua software tu boleh design mengikut apa yang dia nak..
semua software ada limit
betul tak??

Korang semua pernah mengalami situasi camni?
situasi boss APA PUN TAK TAHU...

Khamis, 16 Jun 2011

Gerhana

Pagi tadi bumi telah mengalami gerhana bulan penuh
kejadian menarik ini berlaku antara 1.25 pagi hingga 7.01 pagi tadi



Ingat pagi tadi ApiH nak bangun tengok..
kot² nampak..
last² dah pukul 6 pagi baru bangun tidur... 
time tu dah tak nampak apa²...


Proses berlakunya gerhana bulan penuh



Selasa, 14 Jun 2011

Derma darah


Hari ni merupakan hari derma darah sedunia
dalam bahasa mat saleh disebut world blood donar day
tema untuk tahun ni ialah More Blood, More Life..


Isnin, 13 Jun 2011

10 tanda wajib KAHWIN


Minggu lepas semasa cuti sekolah, ramai orang melangsungkan perkahwinan. Dalam satu minggu, sekurang²nya dalam 2 hingga 3 jemputan kahwin perlu dihadiri. Kawan ApiH pun ramai yang melangsungkan perkahwinan baru² ni. 

Tadi ApiH jalan² kat blog member², ApiH jumpa satu entry menarik dan bersesuaian dengan musim sekarang iaitu musim kahwin. Entry ni sesuai untuk orang yang belum kahwin. Jom kita tengok 10 tanda wajib KAHWIN. 

JOM SEBARKAN KEWUJUDAN KUTOOOBAMBOO






Kalau kutu tu ApiH tau la... 
ni lain dari yang lain...
yang pasti ini bukan kutu di kepala atau kutu rayau..

ApiH pun baru tau kewujudan KUTOOOBAMBOO ni... 
korang tau tak??
kalau nak tau, klik sini ye...

Peteh Ganu Peteh




2 gambar di atas menceritakan segalanya...
Terengganu muncul juara Piala FA & Sukma XIV 2011

Sampai sekarang, ApiH masih rasa gembira sangat.. hahaaa...
akhirnya Kijang tumpas kepada Penyu dalam perebutan Piala FA 2011..
kepada peminat dan pemain Klate, jangan kecewa..
adat permainanan bola, ada menang, ada kalah..
Apapun, terima kasih kepada Daudsu kerana membantu Ganu
kepada peminat Klate, jangan la marah kepada Daudsu kerana bukan niat dia untuk menjaringkan gol sendiri..


Daudsu

Semalam, Terengganu telah muncul sebagai juara Sukma 2011
buat kali ketiga berturut²...
diikuti Selangor sebagai naib juara dan Johor ditempat ketiga..


ApiH sebagai anak jati Terengganu mengucapkan tahniah kepada pemain² bolasepak negeri Terengganu dan kepada ahli kontinjen SUKMA XIV 2011



Jumaat, 10 Jun 2011

Kanan & perlahan

Tiap² hari ApiH ulang alik pergi keje naik motor
nak kate jauh opis, tak la jauh sangat
dalam 30km lebih aje...
pergi balik dekat 70km je.... 

Pagi tadi time nak pergi keje, macam biase la lalu highway..
dan macam biase jugak la kena cilok sana, cilok sini coz jalan jam..
sampai satu selekoh tu, ApiH tengok kereta semua ke kiri..
"ni mesti ade kereta slow duk line kanan sekali", kata Apih dalam hati...

Apih pun follow ke kiri...
sampai je depan tu ApiH tengok rupanya motor yang duk line kanan sekali dan slow tu..
kalau motor superbike takpe la, ni motor biase je..
semua kereta duk bagi lampu tapi penunggang motor tu boleh buat selamba aje..
memang hati kering la mamat ni...

kedudukan penunggang motor di line kanan 


Lama la jugak motor tu duk line kanan sekali
last² sekali baru masuk line kiri
tu pun coz nak masuk simpan kiri agaknya...

Nasihat ApiH, kalau rase bawak slow, duk je la line kiri sekali..
jangan menyusahkan pemandu lain dan merbahayakan diri sendiri...
terutama yang menunggang motor...

Khamis, 9 Jun 2011

Pelupa

Alamak.. terlupa nak pakai seluar..
aiyaaa.. terlupa mau pakai baju...
ayoyo.... terlupa mau pakai seluar...
Terlupa.. terlupa...

ni pun terlupa pakai seluar agaknya...

Kenapa kita jadi pelupa??
ade orang cakap sebab makan semut...
orang lain cakap sebab suka makan kepala ikan...

Tadi on the way nak pergi keje, ApiH terlupa nak isi minyak motor..
ApiH pergi keje naik motor je
jimat dan cepat sampai walau jalan jam.. hehee..



berbalik pada citer tadi, dah separuh jalan baru ApiH ingat minyak tak isi..
lalu highway, kawasan rehat baru ade pump station
dah la minyak sampai tahap kritikal nak habis...
terpaksa la perlahankan motor untuk mengurangkan penggunaan minyak (skema je ayat.. hahahaa..)
Alhamdulillah motor ApiH sempat sampai ke stesen minyak
kalau tak, menolak la motor pagi ni...
itulah akibat lupa...
akibat dari lupa jugak la, ApiH sampai lewat kat opis hari ni...
Boss jangan marah ye...





Rabu, 8 Jun 2011

Kenduri kahwin

2 minggu ni, hujung minggu je jadual dah penuh. Penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Minggu lepas je ade 2 jemputan. Satu pergi, satu lagi tak dapat hadir coz jauh. Kirim salam je la. Hujung minggu ni pun ade 2 lagi jemputan. 



Tapi hukum menghadiri kenduri kahwin ni wajib bila dijemput, kecuali ade sebab² tertentu dan majlis tersebut tiada unsur maksiat dan khurafat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


So kalau takde ape² sebab atau keuzuran, kita kena hadir kalau dah orang jemput. Dapat la jumpa member² lama kat mahjlis tu. Eratkan silaturrahim. Tapi nak hadirkan diri ke majlis perkahwinan ni pun ada syarat wajibnya. Ni serba ringkas syarat wajib untuk menghadiri majlis perkahwinan:

  • jemputan undangan perkahwinan tidak khusus kepada orang kaya sahaja
  • tiada berlaku maksiat dan mungkar di majlis tersebut
  • yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam
  • wang perbelanjaan bukan dari sumber yang haram
  • kita diwajibkan menghadiri perkahwinan pada hari pertama sahaja, sekiranya majlis diadakan 2 hari, kehadiran hari kedua adalah sunat, dan hari ketiga adalah makhruh.  


Jika ada yang ApiH tertinggal, sila bagitau dan komen.

Selasa, 7 Jun 2011

Graf dan hati

Bagi blogger yang tengah bercinta...

Siapa nak uji sejauh mane kebijaksanaan pasangan masing²,
boleh la suruh pasangan korang plot graph mengikut persamaan ni...
sebelum tu, korang sediakan la kertas graf k...


(x2 y2-1)3-x2y3=0


Agak² pasangan korang boleh settle tak? 
jom kita tengok jawapan untuk persamaan di atas...



Isnin, 6 Jun 2011

Hutan Amazon


Semua orang tau hutan Amazon adalah hutan terbesar di dunia dengan keluasan 2.5 juta batu persergi yang meliputi 9 buah negara. So banyak rahsia yang tersimpan di dalam hutan ni..
kaum orang asli pun ramai tinggal di sini...


Kaum pribumi di hutan Amazon yang terletak di berhampiran sempadan Peru

Sabtu, 4 Jun 2011

Karaktor kartun yang paling popular

Mengikut interview dan research yang telah dilakukan di kalangan peminat kartun di Jepun, maka keluar la senarai karaktor kartun yang diaorang paling minat...

25. Ryotsu Kankichi 

24. Ashita no Joe

23. Bakabon no Papa

22. Kenshiro

21. Ponyo

20. GeGeGe no Kitaro 

19. Nobita Nobi (Doraemon)

18. Nekobasu 

17. Amuro Rei (Gundam)

16. Rilakkuma 

15. Arale-chan 

14. Lupin III

13. Peko chan

12. Kamen Rider 

11. Urutoraman 

10. Son Goku 

9. Kureyon Shin Chan

8. Chibi Maruko Chan

7. Sazae-san

6. Pikachu

5. Astro Boy

4. Mario 

3. Totoro

2. Hello Kitty 

1. Doraemon

Ada kartun yang pernah ApiH tengok, ade yang tak pernah...
ni semua kartun yang popular di JEPUN SAHAJA..
kat Malaysia ni kita ada Upin & Ipin... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...