Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan

Isnin, 21 November 2011

Tak pernah bawa motor



Rasanya ramai yang tak pernah bawak motorsikal kan? Buat lesen kelas B2 dan D tapi motorsikal tak pernah bawak sebab dah ada kereta. 

Apih pulak dah bawak motor ke mana² dah baru buat lesen. Heheee.. Biase la duduk di kawasan luar bandar, polis tak ramai. Tapi sekarang lesen dah ada dan hari² Apih ulang alik kerja naik motor sejauh 60km sehari. Macam² karenah penunggang motor dan kereta Apih lalui tiap² hari.

Yang camni Apih belum jumpa lagi. Hahaa..

Tiap² pagi Apih kena lalui jalan 'jam', so terpaksa la 'cilok' antara kereta. Kadang² Apih akan jumpa pemandu kereta yang agaknya tak pernah bawa motor sebab masuk kiri kanan sesuka hati tanpa bagi 'signal'. Tu menyebabkan penunggang motor terpaksa brek 'emergency'. Kalau pemandu kereta tu pernah bawa motor, mesti dia faham situasi penunggang motor bila jalan 'jam' ni.

Kadang² bila penunggang motor bunyikan hon, sesetengah pemandu kereta ni boleh pulak tunjuk jari tengah kat pemandu motor tu. Pernah sekali Apih tengok ada penunggang motor berhenti motor dan nak bergaduh dengan pemandu yang buat isyarat lucah tu. Pucat muka pemandu tu. Dah la pemandu tu perempuan. Masuk sesuka hati. Bila orang hon, nak marah² orang pulak. 

Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang..
So kepada pemandu kereta, sila bertimbang rasa apabila memandu terutama apabila nak ke kiri atau kanan. Tak kira la pemandu perempuan atau lelaki ;)




Jumaat, 28 Oktober 2011

Rapat kepala tu...

Amaran kepada mat rempit; JANGAN CUBA AKSI INI..

Selasa, 4 Oktober 2011

For Mat Rempit, dont try this..

Klik pada gambar untuk lebih jelas..

Kepada mana² mat rempit, jangan la berbangga dengan kehebatan anda yang merempit sana sini menyusahkan dan membahayakan pemandu lain. Dan jangan sesekali mencuba aksi di atas. Ingatlah orang tersayang...

Sabtu, 10 September 2011

Lubang jahat

Gambar hiasan


Di Malaysia ni, terdapat banyak sangat lubang jahat. Ada di merata². Tak tau la salah siapa. Tapi kebanyakan lubang jahat ini wujud disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Disebabkan lubang jahat ini, ramai yang merana.



Khamis, 25 Ogos 2011

Haram memakai emas


Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Memakai sesuatu yang diperbuat dari emas adalah haram bagi lelaki walau apa sekali barang pun. Jadi, lelaki perlu berhati²  jika memilih barang untuk dipakai.

Jam yang disadur emas


Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah !!!
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Pen bersadur emas

Rabu, 24 Ogos 2011

Tak Puasa

Kita selalu dengar dalam berita atau baca dalam akhbar, orang Islam yang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai di bulan Ramadhan akan ditahan dan dihukum atau didenda. Tapi hari ni masa Apih berhenti di stesen minyak yang ada drive thru, Apih tengok ramai pemandu melayu yang melalui drive thru. Tak tau la diaorang suka² saja lalu atau memang nak beli makanan. 




Kebanyakan pemandu adalah lelaki. Kalau perempuan, maybe ada kelonggaran tidak berpuasa atas sebab² tertentu. Tapi mungkin pemandu lelaki tu beli makanan untuk anak atau isterinya kat rumah. Tak pun dia dah memandu jauh sampai tidak mampu untuk berpuasa. 




Apa pun alasan, sepatutnya restoran tersebut mengetatkan penjualan makanan kepada orang Islam terutama kepada kaum lelaki di bulan Ramadhan ni. 

Selasa, 23 Ogos 2011

Tak sempat ganti puasa?

'Pada ketika dahulu, anda seorang yang jahil, jahat dan tidak berpuasa. Sekarang anda sudah insaf dan ingin mengganti semua puasa yang telah ditinggalkan. Sebelum berbuat demikian, anda perlu membayar fidyah'


Fidyah bermaksud mengeluarkan kadar tertentu makanan asasi setempat bagi setiap hari puasa bulan Ramadhan yang ditinggalkan atas sebab² tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga melangkau tahun dan kadar fidyah tersebut diberikan kepada golongan tertentu.


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Jadual di atas menunjukkan kadar yang perlu dibayar mengikut kadar dari tahun 1981 - 2010. So, sesiapa yang meninggalkan puasa antara tahun tersebut, boleh melihat jadual di atas.

Rabu, 3 Ogos 2011

Hati-hati Memilih Kurma

Pada bulan Ramadhan ni, banyak tempat dan bazar yang menjual kurma. Macam² jenis kurma ada. Tapi AWAS!! dengan kurma dari jenama Jordan River. Kurma ini berasal dari Israel dan dibawa masuk ke beberapa negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke negara Islam seperti Malaysia.




Kurma ini ditanam di kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Ladang ini dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya dan hasil penjualan kurma digunakan untuk tabung orang² Yahudi. 


Rabu, 6 Julai 2011

Mesra vs Murah

MANA KORANG LAGI SUKA??

LAYANAN MESRA

atau

HARGA MURAH


ApiH akan pilih layanan mesra..
bila dah dapat layanan mesra, yang mahal pun rasa murah.. hahahaaa...

Layanan mesra..

Semua orang sukakan layanan mesra apabila berurusan
dan ApiH amat suka dilayan dengan mesra (jangan pikir lain ye.. hehee)
TERIMA KASIH HP Malaysia (Service Center) kerana layanan mesra anda..

ApiH baru balik dari service center HP di Bukit Damansara untur service laptop
layanan pekerja kat sana amat mesra
senang berurusan dan cepat..
Hilang rasa penat bila dapat layanan mesra camtu. Heheheee...

Apa pun TERIMA KASIH kerana telah selesaikan problem laptop ApiH ni..


Selasa, 14 Jun 2011

Derma darah


Hari ni merupakan hari derma darah sedunia
dalam bahasa mat saleh disebut world blood donar day
tema untuk tahun ni ialah More Blood, More Life..


Jumaat, 10 Jun 2011

Kanan & perlahan

Tiap² hari ApiH ulang alik pergi keje naik motor
nak kate jauh opis, tak la jauh sangat
dalam 30km lebih aje...
pergi balik dekat 70km je.... 

Pagi tadi time nak pergi keje, macam biase la lalu highway..
dan macam biase jugak la kena cilok sana, cilok sini coz jalan jam..
sampai satu selekoh tu, ApiH tengok kereta semua ke kiri..
"ni mesti ade kereta slow duk line kanan sekali", kata Apih dalam hati...

Apih pun follow ke kiri...
sampai je depan tu ApiH tengok rupanya motor yang duk line kanan sekali dan slow tu..
kalau motor superbike takpe la, ni motor biase je..
semua kereta duk bagi lampu tapi penunggang motor tu boleh buat selamba aje..
memang hati kering la mamat ni...

kedudukan penunggang motor di line kanan 


Lama la jugak motor tu duk line kanan sekali
last² sekali baru masuk line kiri
tu pun coz nak masuk simpan kiri agaknya...

Nasihat ApiH, kalau rase bawak slow, duk je la line kiri sekali..
jangan menyusahkan pemandu lain dan merbahayakan diri sendiri...
terutama yang menunggang motor...

Rabu, 8 Jun 2011

Kenduri kahwin

2 minggu ni, hujung minggu je jadual dah penuh. Penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Minggu lepas je ade 2 jemputan. Satu pergi, satu lagi tak dapat hadir coz jauh. Kirim salam je la. Hujung minggu ni pun ade 2 lagi jemputan. 



Tapi hukum menghadiri kenduri kahwin ni wajib bila dijemput, kecuali ade sebab² tertentu dan majlis tersebut tiada unsur maksiat dan khurafat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


So kalau takde ape² sebab atau keuzuran, kita kena hadir kalau dah orang jemput. Dapat la jumpa member² lama kat mahjlis tu. Eratkan silaturrahim. Tapi nak hadirkan diri ke majlis perkahwinan ni pun ada syarat wajibnya. Ni serba ringkas syarat wajib untuk menghadiri majlis perkahwinan:

  • jemputan undangan perkahwinan tidak khusus kepada orang kaya sahaja
  • tiada berlaku maksiat dan mungkar di majlis tersebut
  • yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam
  • wang perbelanjaan bukan dari sumber yang haram
  • kita diwajibkan menghadiri perkahwinan pada hari pertama sahaja, sekiranya majlis diadakan 2 hari, kehadiran hari kedua adalah sunat, dan hari ketiga adalah makhruh.  


Jika ada yang ApiH tertinggal, sila bagitau dan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...