Isnin, 21 November 2011

Tak pernah bawa motor



Rasanya ramai yang tak pernah bawak motorsikal kan? Buat lesen kelas B2 dan D tapi motorsikal tak pernah bawak sebab dah ada kereta. 

Apih pulak dah bawak motor ke mana² dah baru buat lesen. Heheee.. Biase la duduk di kawasan luar bandar, polis tak ramai. Tapi sekarang lesen dah ada dan hari² Apih ulang alik kerja naik motor sejauh 60km sehari. Macam² karenah penunggang motor dan kereta Apih lalui tiap² hari.

Yang camni Apih belum jumpa lagi. Hahaa..

Tiap² pagi Apih kena lalui jalan 'jam', so terpaksa la 'cilok' antara kereta. Kadang² Apih akan jumpa pemandu kereta yang agaknya tak pernah bawa motor sebab masuk kiri kanan sesuka hati tanpa bagi 'signal'. Tu menyebabkan penunggang motor terpaksa brek 'emergency'. Kalau pemandu kereta tu pernah bawa motor, mesti dia faham situasi penunggang motor bila jalan 'jam' ni.

Kadang² bila penunggang motor bunyikan hon, sesetengah pemandu kereta ni boleh pulak tunjuk jari tengah kat pemandu motor tu. Pernah sekali Apih tengok ada penunggang motor berhenti motor dan nak bergaduh dengan pemandu yang buat isyarat lucah tu. Pucat muka pemandu tu. Dah la pemandu tu perempuan. Masuk sesuka hati. Bila orang hon, nak marah² orang pulak. 

Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang..
So kepada pemandu kereta, sila bertimbang rasa apabila memandu terutama apabila nak ke kiri atau kanan. Tak kira la pemandu perempuan atau lelaki ;)




10 Komen:

kindergartenlibrary berkata... Reply to comment

wah . hebat tu ! lembu pun naik !
:D

dear anies berkata... Reply to comment

sy plg x suka kalu tgh drive, moto dok line kanan.. adoiii kite nk cpt dia terhegeh2..

ApiH berkata... Reply to comment

@nelly

ahahaaa.. biase la. dunia sudah moden...

ApiH berkata... Reply to comment

@ KhaiRin

tu kalau motor bawak slow la camtu. kalau time jam, motor kompen laju dari kereta ;)

Dr K berkata... Reply to comment

jauh tu ulang alik 60km naik motor...

dua dua pihak kena timbangrasa, pemandu kereta & motor. Yg bawa kereta, sila bagi signal. Yg bawa motor, dah nampak org bagi signal lama dah, jgn lah nak cilok jugak dari belakang..ni yg biasa saya tgk.

ApiH berkata... Reply to comment

@ Daddy Ziyyad

memang jauh. sekarang tengah mencari kerja yang agak dekat dengan rumah ;)

yup betul tu. sama2 kena timbang rasa. now selalu hujan, so kena lagi berhati2.

aksarafendi berkata... Reply to comment

hahahha..gmbar kdua mmg xleh blah..gile ke apa couple tu..igt bwk bdak2 ke?

ApiH berkata... Reply to comment

@ aKSARAfENDI

hahahaaa.. entah ape2 la diaorg tu. terlampau kreatif camtu la jadinye..

Unknown berkata... Reply to comment

huhu..biasala tu..ader pemandu yg baik..ada juga pemandu yg giler2

Tanpa Nama berkata... Reply to comment

Menyampah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...