Isnin, 25 Julai 2011

Parking Bertingkat

Parking bertingkat atau rotary type parking system (seperti Fast and the Furious : Tokyo Drift)  dikatakan satu²nya di Malaysia dan ia terletak di Kuala Terengganu. Balik kampung nanti ApiH kena try parking sini. Lain dari yang lain. Ia dibina dengan kos RM9.8 juta dan telah banyak digunakan di negara² seperti Korea, Jepun dan England. Ia mampu menampung 232 unit kenderaan.


Bayaran dikenakan sebanyak Rm2.50 untuk sejam pertama dan RM1.00 untuk jam seterusnya sementara RM150 untuk sebulan. So, RM9.50 untuk 8 jam waktu bekerja. Berbaloi tak?




Bagi Apih, ada baik dan buruk parking kereta kat sini. Kebaikannya; boleh elak kecurian barang dalam kereta sebab kereta semua berada di atas dan dikawal dari bawah. So takde orang boleh naik ke atas. Lagi satu, kereta tak panas sebab bawah bumbung dan bawah kereta lain. 


Keburukannya; kalau tertinggal barang dalam kereta, dah kena turunkan kereta tu balik. Tak tau la sama ada akan dikenakan bayaran baru kalau kereta diturunkan hanya untuk ambik barang tertinggal. 




Parking ni terbahagi kepada 2 bahagian, satu untuk kenderaan biasa, satu untuk kenderaan besar seperti SUV









Jumaat, 22 Julai 2011

Sukan hari ini


Mixed martial arts + Boxing + Soccer + Brawlers + Funny Mediaval pants + 1 ball x 54 crazy Italians = CALCIO FIORENTINO


Calcio Fiorentino merupakan salah satu sukan dari abad ke 16 dan terus dimainkan hingga hari ni oleh orang Itali. Berasal dari Fiorentino dan calcio yang bermaksud menendang dalam bahasa Italy. Sukan yang mengabungkan semua perkara seperti di atas dikategorikan sebagai sukan yang agak ganas..

Sukan yang bermula pada abad ke 16




Ada sesiapa yang berani nak join sukan ni? 

Rabu, 13 Julai 2011

Segmen bersama Khalis



Blog En Khalis ni merupakan blog pertama yang ApiH follow masa mula² menjadi blogger ni
En Khalis jugak antara orang pertama yang follow blog ApiH ni...
En Khalis jugak banyak bagi tunjuk ajar dalam bidang ni
Pendek kata, En Khalis terbaeekk la.. Hehee..

Blog En Khalis ni simple dan best nak ziarah selalu
template baru yang simple dan tak serabut berbanding template dulu..
digabungkan pulak dengan info dan citer yang menarik...
Perghhh... memang terbaeekkk la dari En Khalis...

Kalau korang nak tau lebih lanjut, jom ke blog En Khalis ni sambil join segmen beliau.. 

En Khalis blogger dari Malaysia
En Khalis jugak blogger yang baik
Dalam banyak² blog di Malaysia,
Blog En Khalis memang terbaikkk...

Hahahaaa...




Isnin, 11 Julai 2011

Semangat kerja

Hari ni adalah hari pertama bekerja untuk minggu ni. Memang rasa malas sangat kalau hari Isnin ni nak buat kerja terutama Apih ni. Nak bangun tidur pun liat je kalau hari Isnin. Hehee..



Sebenarnya nak kerja ni kena ada semangat baru best @ syok buat kerja. Kalau takde semangat, apa pun tak boleh... Banyak faktor yang menyebabkan kurang semangat untuk bekerja ni. Antara faktornya mengikut apa yang Apih rasa ialah ;

  • tempat kerja yang jauh dari rumah. Bagi Apih, tempat kerja jauh memenatkan. Nak ulang alik tiap² hari, lalu jalan yang sesak menyebabkan kita rasa malas nak kerja sebab penat. Kualiti kerja pun menurun.
  • kurang insentif dari company. Bos yang agak kedekut dan berkira ni yang buat rasa nak blah aje dari sesebuah company tu. Bila tanya pasal kenaikan gaji je, 'company takde untung ini tahun'. Tapi bos boleh pulak pakai kereta besar². Camne nak ade semangat kerja camtu. Ada bos yang hanya pandai janji tapi bila sampai masa kena tunaikan janji, semua senyap je. 
  • bos pilih kasih. Ni buka rancangan Pilih Kasih yang Rosyam Nor tu. Ni pilih kasih yang buat kita rasa makin takde semangat nak buat kerja. Bos camni suka dibodek. Kalau pekerja tak pandai bodek, sori la..
  • sosial. Apa yang dimaksudkan dengan sosial ialah kurangnya silaturrahim antara pekerja. Ada company yang tidak memikirkan pekerja diaorang, just suruh kerja, kerja dan kerja aje. Tiada waktu untuk pekerja lepak sama², lepak dengan bos. Ada company yang tak pernah langsung buat apa² majlis untuk meraikan pekerja seperti dinner atau family day. Kesian sungguh...
  • kerja berlebihan dan tidak sepatutnya. Ada bos yang bagi kerja yang tak sepatutnya pekerja diaorang buat seperti membeli barang dapur untuk bos diaorang. Lain la pekerja diaorang tu pembantu rumah. Ada yang kena buat kerja orang lain kerana bos nak jimat kos. Tidak mahu tambah pekerja. Bagi sesetengah orang, diaorang tidak kisah kalau buat kerja untuk orang lain asalkan mendapat gaji atau insentif yang berbaloi.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang mengurangkan semangat nak buat kerja ni. Korang yang bekerja mesti pernah lalui waktu² semangat kerja berkurangan. Apa pun, SELAMAT BEKERJA DI HARI ISNIN kat semua blogger.

Khamis, 7 Julai 2011

Pindah ke mana sebenarnya ni??

Silap siapa??

tak tau la sama ada komputer ni silap papar atau website tu yang silap...
harap² komputer ApiH yang silap...
kalau tak, malu website besar dan hebat camni buat silap...
ke ApiH yang silap paham apa yang website tu tulis??
maklum la, english pun tak berapa reti sangat ApiH ni...  heheee..

Moral of the story : manusia tak perfect, mesti ada buat silap... hehee..

Rabu, 6 Julai 2011

Mesra vs Murah

MANA KORANG LAGI SUKA??

LAYANAN MESRA

atau

HARGA MURAH


ApiH akan pilih layanan mesra..
bila dah dapat layanan mesra, yang mahal pun rasa murah.. hahahaaa...

Layanan mesra..

Semua orang sukakan layanan mesra apabila berurusan
dan ApiH amat suka dilayan dengan mesra (jangan pikir lain ye.. hehee)
TERIMA KASIH HP Malaysia (Service Center) kerana layanan mesra anda..

ApiH baru balik dari service center HP di Bukit Damansara untur service laptop
layanan pekerja kat sana amat mesra
senang berurusan dan cepat..
Hilang rasa penat bila dapat layanan mesra camtu. Heheheee...

Apa pun TERIMA KASIH kerana telah selesaikan problem laptop ApiH ni..


Isnin, 4 Julai 2011

Apabila kena block...


Boringnya bila FB kena block kat opis ni
YM pun kena block, twitter dan semua yang sama waktu dengannya...
Youtube pun kena block
bila nak tengok video berkenaan dengan kerja, kena request dengan IT department
dah terbantut kerja nak tunggu approval...

Bagi ApiH, tak salah nak block tapi biarlah tak mengganggu kerja
jangan la sampai terbantut kerja disebabkan semua website kena block...
apa salahnya buka FB time rehat, buka twitter untuk mengetahui information terkini..
asalkan ia tak mengganggu waktu dan kualiti kerja...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...