Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Jumaat, 18 November 2011

Tercorot tapi hebat


Inilah yg dikatakan berkat usaha dan kerja keras tanpa putus asa, dan hasilnya, adik Siti Aisyah Mawardi berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Walaupun berada dalam kelas tercorok, beliau berjaya membuktikan kedudukan kelas bukan ukuran untuk menentukan keputusan atau kebijaksanaan seorang pelajar.

Tahniah untuk adik Siti Aisyah Mawardi di atas kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang tersebut. TAHNIAH!!


SUMBER DARI HARIAN METRO

Khamis, 3 November 2011

Lunch bersama Lohas

Siapakah Lohas? Kenapa Apih perlu makan bersama dia? Hebat sangat ke dia ni? Popular ke?

Selasa, 1 November 2011

Hanya dihujung jari..







Sekarang semua benda dihujung jari. Nak dapat maklumat, nak bersosial, nak shopping, nak bayar bil dan macam² lagi. Semua mudah, tanpa bergerak, kita boleh buat macam² benda. Tapi semua tu selamat ke? Adakah apa yang kita bayar betul² diterima dan kita dapat apa yang kita nak hanya melalui jari?


Sekarang banyak kita dengar orang kena tipu selepas membuat urusan melalui internet. Order barang dan dah bayar, tapi barang tak terima atau tak serupa seperti apa yang diiklankan.




Begitu juga dengan pembayaran bil. Adakah bayaran yang kita buat betul² diterima oleh pihak yang berkenaan. Apih baru aje buat bayaran secara online bil telifon bulan lepas dan pihak berkenaan memberitahu bayaran yang Apih buat tidak diterima. So dalam keadaan camtu, siapa kita nak salahkan? Pihak berkenaan atau bank yang Apih guna untuk buat bayaran tersebut? Tapi Alhamdulillah semua dah selesai tadi =)




PESANAN : Hati² apabila berurusan secara online....







Khamis, 20 Oktober 2011

Sijil Haram

Hati² membeli makanan...







SUMBER DARI EMAIL RAKAN

Khamis, 6 Oktober 2011

Steve Jobs dah takde..


Semalam baru Apih citer pasal iPhone 4S, hari ni Apih dapat tau co-founder Apple, Steve Jobs dah meninggal dunia. Sebelum ini, dia telah meletak jawatan sebagai chief executive di Apple dan digantikan oleh Timothy D. Cook. Apa pun sumbangan beliau dalam Apple dan dalam teknologi di dunia sangat banyak dan akan diingati..

Rabu, 5 Oktober 2011

iPhone 5 dah keluar..

Ramai yang tengah tunggu² bila iPhone 5 nak dikeluarkan. Tapi nampaknya, korang kena tunggu lagi kerana Apple baru melancarkan iPhone 4s.


Harga iPhone 4S




So sesiapa nak tau ciri² yang ada pada iPhone 4S ni, boleh la klik Spec iPhone 4S.



Takde beza sangat dari segi rupa. Apa pun, memang terbaeeekkk. Heheheee..

Jumaat, 30 September 2011

Honeymoon bergerak

Biasa orang pergi honeymoon, tempat seperti pulau, pusat peranginan dan macam² lagi tempat yang menarik. Apa kata kalau korang nak pergi honeymoon nanti, korang pilih honeymoon dalam keretapi seperti ni...




Ini merupakan keretapi mewah yang dipanggil Maharjas Express yang terletak di India. Ia menawarkan pakej perjalanan seperti 8 hari dan 7 malam dari Mumbai ke Delhi dan beberapa lagi pakej lain. Untuk keterangan lanjut, boleh la ke website diaorang. Jom layan gambar lagi...

Jumaat, 23 September 2011

Boring dengan FB??


Korang tak rasa boring ke dengan Facebook? Atau pun rasa boring tapi still guna Facebook sebab dah biasa atau gian dengan Facebook. Apa kata korang try pulak Google +. Add Apih di oneapih@gmail.com atau sesiapa nak Apih invite, bagi email kat komen. Nanti Apih invite.


Apih baru je try Google Plus ni. Best la jugak tapi belum ramai kawan lagi. Jom la memeriahkan Google + pulak. Hehehe...



Sabtu, 10 September 2011

Lubang jahat

Gambar hiasan


Di Malaysia ni, terdapat banyak sangat lubang jahat. Ada di merata². Tak tau la salah siapa. Tapi kebanyakan lubang jahat ini wujud disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Disebabkan lubang jahat ini, ramai yang merana.



Khamis, 25 Ogos 2011

Haram memakai emas


Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang lelaki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Memakai sesuatu yang diperbuat dari emas adalah haram bagi lelaki walau apa sekali barang pun. Jadi, lelaki perlu berhati²  jika memilih barang untuk dipakai.

Jam yang disadur emas


Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas di tangannya, kemudian Nabi SAW mencabut cincin itu, lantas membuangnya ke tanah !!!
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada lelaki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Pen bersadur emas

Rabu, 24 Ogos 2011

Tak Puasa

Kita selalu dengar dalam berita atau baca dalam akhbar, orang Islam yang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai di bulan Ramadhan akan ditahan dan dihukum atau didenda. Tapi hari ni masa Apih berhenti di stesen minyak yang ada drive thru, Apih tengok ramai pemandu melayu yang melalui drive thru. Tak tau la diaorang suka² saja lalu atau memang nak beli makanan. 




Kebanyakan pemandu adalah lelaki. Kalau perempuan, maybe ada kelonggaran tidak berpuasa atas sebab² tertentu. Tapi mungkin pemandu lelaki tu beli makanan untuk anak atau isterinya kat rumah. Tak pun dia dah memandu jauh sampai tidak mampu untuk berpuasa. 




Apa pun alasan, sepatutnya restoran tersebut mengetatkan penjualan makanan kepada orang Islam terutama kepada kaum lelaki di bulan Ramadhan ni. 

Selasa, 23 Ogos 2011

Tak sempat ganti puasa?

'Pada ketika dahulu, anda seorang yang jahil, jahat dan tidak berpuasa. Sekarang anda sudah insaf dan ingin mengganti semua puasa yang telah ditinggalkan. Sebelum berbuat demikian, anda perlu membayar fidyah'


Fidyah bermaksud mengeluarkan kadar tertentu makanan asasi setempat bagi setiap hari puasa bulan Ramadhan yang ditinggalkan atas sebab² tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga melangkau tahun dan kadar fidyah tersebut diberikan kepada golongan tertentu.


Sila klik pada gambar untuk lebih jelas

Jadual di atas menunjukkan kadar yang perlu dibayar mengikut kadar dari tahun 1981 - 2010. So, sesiapa yang meninggalkan puasa antara tahun tersebut, boleh melihat jadual di atas.

Berbikini di tepi pantai

Tajuk hangat di pagi hari di bulan Ramadhan. Dapat hangatkan badan selepas mandi hujan tadi. HeHee... ApiH taknak citer panjang memandangkan semua nak tengok gambar berbikini di tepi pantai ni kan. Jom layan...


Awek² sedang jogging di tepi pantai


Jom kita pergi main luncur air...

Tengok ape tu?

Pantai takde, kolam pun boleh la...


Sebenarnya gambar di atas menunjukkan pakaian renang atau bikini yang dipakai oleh sesetangah wanita Islam seperti di Asia Barat. Lebih sopan dan mungkin juga menutup aurat. Kat Malaysia ada jual tak pakaian camni?

Sabtu, 20 Ogos 2011

Untuk Lelaki

Menguji tahap kepanasan air yang dikeluarkan... Heheee..

Hanya lelaki sahaja yang boleh menguji dan menggunakan dinding di atas. Kalau perempuan pun nak cuba, tak tau la camna nak bayang. Harap² takde la perempuan yang nak mencuba.. Heheee...

Rabu, 17 Ogos 2011

Kahwin di bulan Ramadhan

Jarang sekali kita mendengar atau mendapat jemputan kahwin yang diadakan pada bulan Ramadhan. Apih tak pernah dapat pun jemputan kahwin time bulan Ramadhan ni. 






Kenapa ye tak ramai yang kahwin bulan Ramadhan ni? Ada member Apih kalau cakap nak jimat, kahwin la bulan puasa ni. Tak perlu keluar belanja banyak nak buat kenduri. Tapi ada jugak cakap kahwin bulan puasa ni tak best sebab masa nak 'ehem-ehem' tu terbatas. Nak bulan madu pun tak dapat. Hehee..


Apa pandangan kawan² pasal KAHWIN DI BULAN RAMADHAN ni? 

Selasa, 16 Ogos 2011

Nuzul Al-Quran

Esok merupakan hari Nuzul Al-Quran yang disambut setiap 17 Ramadhan. Persitiwa Nuzul Quran adalah merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya secara berperingkat.





Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW, ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sama² lah kita perbanyakkan ibadat dan bacaan Al-Quran di bulan Ramadhan ini.

Link untuk bacaan Al-Quran dan terjemahannya = http://www.quranexplorer.com/

Isnin, 15 Ogos 2011

Pencapaian 100

Minggu lepas, blog ApiH ni dah cecah 100 orang followers. Thanks kepada semua yang sudi follow blog ApiH yang tak seberapa ni. Kepada blogger² yang selalu komen kat blog ApiH, terima kasih banyak². Lain kali komen lagi.. heheee...





Selasa, 9 Ogos 2011

Ciri-ciri orang mencintai kamu

Pagi ni ApiH nak kongsi (copy & paste) apa yang ApiH jumpa dan baca di tentangcinta dengan korang semua. Kalau korang nak baca sendiri pun boleh. Klik kat website tu. 
Mesti korang cakap, 'pagi² lagi ApiH dah jiwang'. Heheee... Apa², jom kita tengok sama ada korang semua pernah mengalami tak perkara² berikut; 
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Kalau korang pernah mengalami perkara di atas, hargai la orang yang buat tu. Jangan menyesal kemudian hari.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Buffet Ramadhan

Bulan Ramadhan ni, ramai yang mencari tempat untuk berbuka puasa bersama keluarga, kawan² atau dengan pasangan. Tapi agak susah nak cari tempat yang sesuai dengan budget dan suasana yang diinginkan.
Awal² puasa hari tu, ApiH ada jugak mencari tempat untuk berbuka puasa dengan kawan² dan memang susah nak cari tempat yang sesuai dengan budget. Semalam kawan ApiH ada email senarai tempat dan harga buffet untuk tahun 2011. Senarai buffet 2011 (harga mungkin berubah dan tidak sama dengan list di bawah; sila hubungi tempat berkenaan untuk maklumat lanjut);

Rabu, 3 Ogos 2011

Hati-hati Memilih Kurma

Pada bulan Ramadhan ni, banyak tempat dan bazar yang menjual kurma. Macam² jenis kurma ada. Tapi AWAS!! dengan kurma dari jenama Jordan River. Kurma ini berasal dari Israel dan dibawa masuk ke beberapa negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke negara Islam seperti Malaysia.




Kurma ini ditanam di kawasan luas di bahagian timur Israel yang bersempadan dengan Palestin. Ladang ini dimiliki oleh seorang Yahudi yang kaya dan hasil penjualan kurma digunakan untuk tabung orang² Yahudi. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...