Rabu, 24 Ogos 2011

Tak Puasa

Kita selalu dengar dalam berita atau baca dalam akhbar, orang Islam yang tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai di bulan Ramadhan akan ditahan dan dihukum atau didenda. Tapi hari ni masa Apih berhenti di stesen minyak yang ada drive thru, Apih tengok ramai pemandu melayu yang melalui drive thru. Tak tau la diaorang suka² saja lalu atau memang nak beli makanan. 




Kebanyakan pemandu adalah lelaki. Kalau perempuan, maybe ada kelonggaran tidak berpuasa atas sebab² tertentu. Tapi mungkin pemandu lelaki tu beli makanan untuk anak atau isterinya kat rumah. Tak pun dia dah memandu jauh sampai tidak mampu untuk berpuasa. 




Apa pun alasan, sepatutnya restoran tersebut mengetatkan penjualan makanan kepada orang Islam terutama kepada kaum lelaki di bulan Ramadhan ni. 

4 Komen:

Dr. Ben berkata... Reply to comment

kalau musafir boleh tak puasa. Camana?

ApiH berkata... Reply to comment

@
Dr. Ben

musafir takde hal la nak pergi beli makanan..

mykhalis berkata... Reply to comment

semua tu kalau wujud rasa nak cari rezeki yang halal.. mesti jaga dengan siapa kita jual makanan

Puteri berkata... Reply to comment

"saya beli untuk anak la..." kata mereka..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...