Memaparkan catatan dengan label Sembang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sembang. Papar semua catatan

Jumaat, 25 November 2011

Saya mahu saiz sebenar..



Pernah korang mengalami macam gambar di atas? Kita selalu mengalami benda di atas, ditipu dengan iklan yang gempak tapi realitinya hampeh. 


Ape korang buat lepas mengalami hal di atas tu? Pulang balik barang? Report ke Hal Ehwal Pengguna? Atau guna je?



Isnin, 21 November 2011

Tak pernah bawa motor



Rasanya ramai yang tak pernah bawak motorsikal kan? Buat lesen kelas B2 dan D tapi motorsikal tak pernah bawak sebab dah ada kereta. 

Apih pulak dah bawak motor ke mana² dah baru buat lesen. Heheee.. Biase la duduk di kawasan luar bandar, polis tak ramai. Tapi sekarang lesen dah ada dan hari² Apih ulang alik kerja naik motor sejauh 60km sehari. Macam² karenah penunggang motor dan kereta Apih lalui tiap² hari.

Yang camni Apih belum jumpa lagi. Hahaa..

Tiap² pagi Apih kena lalui jalan 'jam', so terpaksa la 'cilok' antara kereta. Kadang² Apih akan jumpa pemandu kereta yang agaknya tak pernah bawa motor sebab masuk kiri kanan sesuka hati tanpa bagi 'signal'. Tu menyebabkan penunggang motor terpaksa brek 'emergency'. Kalau pemandu kereta tu pernah bawa motor, mesti dia faham situasi penunggang motor bila jalan 'jam' ni.

Kadang² bila penunggang motor bunyikan hon, sesetengah pemandu kereta ni boleh pulak tunjuk jari tengah kat pemandu motor tu. Pernah sekali Apih tengok ada penunggang motor berhenti motor dan nak bergaduh dengan pemandu yang buat isyarat lucah tu. Pucat muka pemandu tu. Dah la pemandu tu perempuan. Masuk sesuka hati. Bila orang hon, nak marah² orang pulak. 

Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang..
So kepada pemandu kereta, sila bertimbang rasa apabila memandu terutama apabila nak ke kiri atau kanan. Tak kira la pemandu perempuan atau lelaki ;)




Rabu, 9 November 2011

Mengendap kat toilet


Apih nak tanye, kalau 'bapok' atau 'mak nyah', diaorang masuk toilet lelaki atau perempuan?


Camne pulak dengan 'tomboy' atau perempuan yang nak convert jadi lelaki? Toilet mana menjadi 'pilihan'? Heheheeee..


Satu lagi soalan yang ade kaitan dengan tajuk; kenapa kalau sebut pasal 'mengendap' atau 'skodeng', mesti kita terbayang lelaki yang mengendap perempuan? Takde ke perempuan yang mengendap lelaki? 

Khamis, 3 November 2011

Lunch bersama Lohas

Siapakah Lohas? Kenapa Apih perlu makan bersama dia? Hebat sangat ke dia ni? Popular ke?

Selasa, 1 November 2011

Hanya dihujung jari..







Sekarang semua benda dihujung jari. Nak dapat maklumat, nak bersosial, nak shopping, nak bayar bil dan macam² lagi. Semua mudah, tanpa bergerak, kita boleh buat macam² benda. Tapi semua tu selamat ke? Adakah apa yang kita bayar betul² diterima dan kita dapat apa yang kita nak hanya melalui jari?


Sekarang banyak kita dengar orang kena tipu selepas membuat urusan melalui internet. Order barang dan dah bayar, tapi barang tak terima atau tak serupa seperti apa yang diiklankan.




Begitu juga dengan pembayaran bil. Adakah bayaran yang kita buat betul² diterima oleh pihak yang berkenaan. Apih baru aje buat bayaran secara online bil telifon bulan lepas dan pihak berkenaan memberitahu bayaran yang Apih buat tidak diterima. So dalam keadaan camtu, siapa kita nak salahkan? Pihak berkenaan atau bank yang Apih guna untuk buat bayaran tersebut? Tapi Alhamdulillah semua dah selesai tadi =)




PESANAN : Hati² apabila berurusan secara online....







Isnin, 31 Oktober 2011

Apabila Kalah..

Kekalahan Ganu pada pusingan akhir Piala Malaysia 2011 amat perit untuk Apih terima sebab Apih adalah orang Ganu dan penyokong pasukan Ganu dari dulu lagi. Tapi apa nak buat, belum rezeki pasukan Terengganu untuk bawa pulang Piala Malaysia tahun ni. 

Apa pun, Apih harap penyokong Terengganu terus setia menyokong pasukan Terengganu pada masa akan datang. Peteh Ganu Peteh...



Harap² takde la jadi camni lepas Ganu tewas hari tu...

Jumaat, 28 Oktober 2011

Rapat kepala tu...

Amaran kepada mat rempit; JANGAN CUBA AKSI INI..

Selasa, 11 Oktober 2011

Nak shopping baju la..

Kebiasaannya, perempuan memang suka shopping pakaian. Lelaki pun ada tapi kalau banding dengan perempuan, lelaki kurang suka habiskan duit untuk pakaian je. Macam Apih ni, time nak raya la pergi beli baju baru. Boleh kira la berapa kali setahun pergi beli baju ni. 


Kepada sesiapa yang rasa nak pegi beli baju baru hari ni, jom kita tengok baju² terbaru. Pilih, jangan tak pilih...




Isnin, 3 Oktober 2011

Penat bermain semalam..


Adakah anda begini hari ini? Tidak bertenaga dan bermaya... 

Isnin, 19 September 2011

Jangan gaduh²



Memang terbukti seperti gambar di atas. Tadi baru Apih try nak bayar bil hp guna Explorer. Asyik kena refresh je. Last² guna Chrome je. Korang biasa guna apa? 

Khamis, 15 September 2011

Pesanan dari roomate

Korang pernah terima tak pesanan dari roomate camni?













Jadilah seorang roomate yang bertanggungjawab bagi mengelakkan anda tidak menerima mesej pesanan camtu. Hehee..

Rabu, 14 September 2011

Pelajar Lelaki Selalu Bayangkan....


Gambar² di bawah adalah gambaran apa yang student lelaki selalu pikir atau bayangkan dalam kehidupan semasa belajar.  Apih sebagai bekas student pun selalu bayangkan benda² seperti dalam gambar² di bawah ni tapi bukan semua la. Heheee..












Isnin, 22 Ogos 2011

Baju Raya

Lagi seminggu, kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri. Masing² sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut hari raya. Jalan di bandaraya KL pun sesak dengan orang ramai terutama hari minggu. Sabtu malam Apih keluar untuk jumpa member² time study dulu. Ingat nak lepak kat Kg. Baru. Masuk je area Kg Baru tu, dah mula sesak teruk. Terpaksa la ubah rancangan ke tempat lain. 


Gambar hiasan..
Berbalik kepada tajuk entry kali ni, baju raya korang semua dah siap belum? Atau beli yang dah siap? Baju raya Apih baru je siap. Tahun ni beraya di kg sendiri, so mak Apih jahitkan baju raya untuk Apih sekeluarga. 


Gambar hiasan..
Baju raya korang berapa helai tahun ni? Biasa kalau perempuan, banyak helai kan? Kalau ApiH, beli sehelai atau 2 helai dah cukup. Tapi tak tau la orang lain camne. Kadang² Apih tengok orang beli baju raya banyak² ni macam membazir terutama kalau just pakai time raya je, lepas tu simpan dalam almari. 


Gambar hiasan lagi...
Ada perempuan yang buat baju kurung sampai 10 helai tapi just pakai time raya aje. Lepas tu simpan dalam almari sebab biasa pergi keje pakai baju formal je. Kalau pakai balik baju kurung raya tu pun kalau pergi kenduri atau majlis. Tapi bukan semua perempuan la. Sesetengah aje.. Heheee...

Sabtu, 20 Ogos 2011

Untuk Lelaki

Menguji tahap kepanasan air yang dikeluarkan... Heheee..

Hanya lelaki sahaja yang boleh menguji dan menggunakan dinding di atas. Kalau perempuan pun nak cuba, tak tau la camna nak bayang. Harap² takde la perempuan yang nak mencuba.. Heheee...

Rabu, 17 Ogos 2011

Kahwin di bulan Ramadhan

Jarang sekali kita mendengar atau mendapat jemputan kahwin yang diadakan pada bulan Ramadhan. Apih tak pernah dapat pun jemputan kahwin time bulan Ramadhan ni. 






Kenapa ye tak ramai yang kahwin bulan Ramadhan ni? Ada member Apih kalau cakap nak jimat, kahwin la bulan puasa ni. Tak perlu keluar belanja banyak nak buat kenduri. Tapi ada jugak cakap kahwin bulan puasa ni tak best sebab masa nak 'ehem-ehem' tu terbatas. Nak bulan madu pun tak dapat. Hehee..


Apa pandangan kawan² pasal KAHWIN DI BULAN RAMADHAN ni? 

Hari-hari Kerja

Bekerja di hari cuti umum ni sungguh mencabar. Orang lain masih diulit mimpi, Apih kena siap² nak pegi kerja. Jalan² semua lengang je. Time jalan nak pergi kat kereta, ada seorang jiran bertanya Apih; "Keje ke hari ni? Bukan Selangor cuti umum ke?". ApiH pun jawab la dengan tidak bersemangat; "Keje..." 


Apih tanye sikit; boleh ke sesebuah syarikat membuat peraturan cuti hanya bahagian management sahaja cuti pada hari cuti umum dengan gaji berjalan seperti biasa, manakala bahagian pengeluaran (production) perlu keje dengan gaji juga dibayar seperti hari biasa?




Member ApiH tanye semalam sebab company tempat dia keje camtu. Macam tak adil kan. Tapi nak buat camna. Dah kerja dengan orang, so kena la ikut peraturan...

Isnin, 15 Ogos 2011

Pencapaian 100

Minggu lepas, blog ApiH ni dah cecah 100 orang followers. Thanks kepada semua yang sudi follow blog ApiH yang tak seberapa ni. Kepada blogger² yang selalu komen kat blog ApiH, terima kasih banyak². Lain kali komen lagi.. heheee...





Selasa, 9 Ogos 2011

Ciri-ciri orang mencintai kamu

Pagi ni ApiH nak kongsi (copy & paste) apa yang ApiH jumpa dan baca di tentangcinta dengan korang semua. Kalau korang nak baca sendiri pun boleh. Klik kat website tu. 
Mesti korang cakap, 'pagi² lagi ApiH dah jiwang'. Heheee... Apa², jom kita tengok sama ada korang semua pernah mengalami tak perkara² berikut; 
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Kalau korang pernah mengalami perkara di atas, hargai la orang yang buat tu. Jangan menyesal kemudian hari.

Rabu, 3 Ogos 2011

Selamat Berpuasa



Belum terlambat rasanya ApiH nak ucap selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Berpuasa merupakan salah satu rukun Islam dan wajib ditunaikan oleh semua org beragama Islam. Jadi, sama² lah kita menunaikan ibadat puasa.


Sesiapa yang nak tahu waktu imsak dan berbuka puasa di tempat korang, klik sini.




Hari ni ApiH tak bangun sahur. Lupa nak kunci jam. Camni la bila wife duk kat kg. Takde orang nak cubit bila susah nak bangun sahur. Huhuu.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...