Jumaat, 25 November 2011

Saya mahu saiz sebenar..



Pernah korang mengalami macam gambar di atas? Kita selalu mengalami benda di atas, ditipu dengan iklan yang gempak tapi realitinya hampeh. 


Ape korang buat lepas mengalami hal di atas tu? Pulang balik barang? Report ke Hal Ehwal Pengguna? Atau guna je?



Isnin, 21 November 2011

Tak pernah bawa motor



Rasanya ramai yang tak pernah bawak motorsikal kan? Buat lesen kelas B2 dan D tapi motorsikal tak pernah bawak sebab dah ada kereta. 

Apih pulak dah bawak motor ke mana² dah baru buat lesen. Heheee.. Biase la duduk di kawasan luar bandar, polis tak ramai. Tapi sekarang lesen dah ada dan hari² Apih ulang alik kerja naik motor sejauh 60km sehari. Macam² karenah penunggang motor dan kereta Apih lalui tiap² hari.

Yang camni Apih belum jumpa lagi. Hahaa..

Tiap² pagi Apih kena lalui jalan 'jam', so terpaksa la 'cilok' antara kereta. Kadang² Apih akan jumpa pemandu kereta yang agaknya tak pernah bawa motor sebab masuk kiri kanan sesuka hati tanpa bagi 'signal'. Tu menyebabkan penunggang motor terpaksa brek 'emergency'. Kalau pemandu kereta tu pernah bawa motor, mesti dia faham situasi penunggang motor bila jalan 'jam' ni.

Kadang² bila penunggang motor bunyikan hon, sesetengah pemandu kereta ni boleh pulak tunjuk jari tengah kat pemandu motor tu. Pernah sekali Apih tengok ada penunggang motor berhenti motor dan nak bergaduh dengan pemandu yang buat isyarat lucah tu. Pucat muka pemandu tu. Dah la pemandu tu perempuan. Masuk sesuka hati. Bila orang hon, nak marah² orang pulak. 

Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang..
So kepada pemandu kereta, sila bertimbang rasa apabila memandu terutama apabila nak ke kiri atau kanan. Tak kira la pemandu perempuan atau lelaki ;)




Jumaat, 18 November 2011

Tercorot tapi hebat


Inilah yg dikatakan berkat usaha dan kerja keras tanpa putus asa, dan hasilnya, adik Siti Aisyah Mawardi berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Walaupun berada dalam kelas tercorok, beliau berjaya membuktikan kedudukan kelas bukan ukuran untuk menentukan keputusan atau kebijaksanaan seorang pelajar.

Tahniah untuk adik Siti Aisyah Mawardi di atas kejayaan mendapat keputusan yang cemerlang tersebut. TAHNIAH!!


SUMBER DARI HARIAN METRO

Khamis, 17 November 2011

Jom Terjah



Memandangkan Apih dah lama tak join segmen, hari ni Apih join satu segmen yang simple tapi dalam masa sama boleh promote blog ni. So ape lagi tunggu kawan², jom kita rilex sebentar di http://lzulxocraxme.blogspot.com/ dan join segmen di sana ;)


Harap dengan segmen ni Apih akan dapat kenal ramai lagi blogger dan masa sama dapat tambah kawan. 

Senyuman menggoda




Adakah senyuman artis di atas buat korang (lelaki) tergoda? Senyuman camne yang buat korang tergoda? Apa pun jawapan korang, entry Apih ni takde kaitan dengan gambar atas tu mahupun senyuman menggoda ;)


Jom kita tengok gambar kat bawah ni dan tengok kat mana yang sama.

Selasa, 15 November 2011

Hotel murah

Best kalau dapat duk hotel @ chalet camni. Suasana yang jauh dari bandar dan bersih. Sungguh nyaman...











Jumaat, 11 November 2011

Dulu single, sekarang...

Dulu dan kini...













Dulu single, sekarang bertiga ;)

Rabu, 9 November 2011

Mengendap kat toilet


Apih nak tanye, kalau 'bapok' atau 'mak nyah', diaorang masuk toilet lelaki atau perempuan?


Camne pulak dengan 'tomboy' atau perempuan yang nak convert jadi lelaki? Toilet mana menjadi 'pilihan'? Heheheeee..


Satu lagi soalan yang ade kaitan dengan tajuk; kenapa kalau sebut pasal 'mengendap' atau 'skodeng', mesti kita terbayang lelaki yang mengendap perempuan? Takde ke perempuan yang mengendap lelaki? 

Khamis, 3 November 2011

Lunch bersama Lohas

Siapakah Lohas? Kenapa Apih perlu makan bersama dia? Hebat sangat ke dia ni? Popular ke?

Selasa, 1 November 2011

Hanya dihujung jari..







Sekarang semua benda dihujung jari. Nak dapat maklumat, nak bersosial, nak shopping, nak bayar bil dan macam² lagi. Semua mudah, tanpa bergerak, kita boleh buat macam² benda. Tapi semua tu selamat ke? Adakah apa yang kita bayar betul² diterima dan kita dapat apa yang kita nak hanya melalui jari?


Sekarang banyak kita dengar orang kena tipu selepas membuat urusan melalui internet. Order barang dan dah bayar, tapi barang tak terima atau tak serupa seperti apa yang diiklankan.




Begitu juga dengan pembayaran bil. Adakah bayaran yang kita buat betul² diterima oleh pihak yang berkenaan. Apih baru aje buat bayaran secara online bil telifon bulan lepas dan pihak berkenaan memberitahu bayaran yang Apih buat tidak diterima. So dalam keadaan camtu, siapa kita nak salahkan? Pihak berkenaan atau bank yang Apih guna untuk buat bayaran tersebut? Tapi Alhamdulillah semua dah selesai tadi =)




PESANAN : Hati² apabila berurusan secara online....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...