Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lawak. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

Apabila Kalah..

Kekalahan Ganu pada pusingan akhir Piala Malaysia 2011 amat perit untuk Apih terima sebab Apih adalah orang Ganu dan penyokong pasukan Ganu dari dulu lagi. Tapi apa nak buat, belum rezeki pasukan Terengganu untuk bawa pulang Piala Malaysia tahun ni. 

Apa pun, Apih harap penyokong Terengganu terus setia menyokong pasukan Terengganu pada masa akan datang. Peteh Ganu Peteh...



Harap² takde la jadi camni lepas Ganu tewas hari tu...

Isnin, 3 Oktober 2011

Penat bermain semalam..


Adakah anda begini hari ini? Tidak bertenaga dan bermaya... 

Khamis, 15 September 2011

Pesanan dari roomate

Korang pernah terima tak pesanan dari roomate camni?













Jadilah seorang roomate yang bertanggungjawab bagi mengelakkan anda tidak menerima mesej pesanan camtu. Hehee..

Rabu, 14 September 2011

Pelajar Lelaki Selalu Bayangkan....


Gambar² di bawah adalah gambaran apa yang student lelaki selalu pikir atau bayangkan dalam kehidupan semasa belajar.  Apih sebagai bekas student pun selalu bayangkan benda² seperti dalam gambar² di bawah ni tapi bukan semua la. Heheee..












Selasa, 13 September 2011

Pom pom girl ketakutan


Risiko menjadi seorang pom pom girl. Heheee..

Isnin, 12 September 2011

Photo taken at right moment

Kau nampak penumbuk aku ni??

Tak kena lagi..

Position punggung kena betul² ye dik..

Aku la juara... hahaaa...

Waaa... opocot...

Tak sengaja

Hi semua, mari belajar berjalan atas air dengan saya..

Like father, like son

Yeeee... aku memang cantik...

Bising la...

Waaaa... laju la lagi..

Khamis, 8 September 2011

Perempuan oh perempuan









Bukan semua perempuan camni. Hanya sesetengah aje. Harap maklum. Hehee..

Rabu, 7 September 2011

Lelaki oh lelaki..






Bukan semua lelaki camni. Hanya sesetengah aje. Harap maklum. Hehee..

Isnin, 11 Julai 2011

Semangat kerja

Hari ni adalah hari pertama bekerja untuk minggu ni. Memang rasa malas sangat kalau hari Isnin ni nak buat kerja terutama Apih ni. Nak bangun tidur pun liat je kalau hari Isnin. Hehee..



Sebenarnya nak kerja ni kena ada semangat baru best @ syok buat kerja. Kalau takde semangat, apa pun tak boleh... Banyak faktor yang menyebabkan kurang semangat untuk bekerja ni. Antara faktornya mengikut apa yang Apih rasa ialah ;

  • tempat kerja yang jauh dari rumah. Bagi Apih, tempat kerja jauh memenatkan. Nak ulang alik tiap² hari, lalu jalan yang sesak menyebabkan kita rasa malas nak kerja sebab penat. Kualiti kerja pun menurun.
  • kurang insentif dari company. Bos yang agak kedekut dan berkira ni yang buat rasa nak blah aje dari sesebuah company tu. Bila tanya pasal kenaikan gaji je, 'company takde untung ini tahun'. Tapi bos boleh pulak pakai kereta besar². Camne nak ade semangat kerja camtu. Ada bos yang hanya pandai janji tapi bila sampai masa kena tunaikan janji, semua senyap je. 
  • bos pilih kasih. Ni buka rancangan Pilih Kasih yang Rosyam Nor tu. Ni pilih kasih yang buat kita rasa makin takde semangat nak buat kerja. Bos camni suka dibodek. Kalau pekerja tak pandai bodek, sori la..
  • sosial. Apa yang dimaksudkan dengan sosial ialah kurangnya silaturrahim antara pekerja. Ada company yang tidak memikirkan pekerja diaorang, just suruh kerja, kerja dan kerja aje. Tiada waktu untuk pekerja lepak sama², lepak dengan bos. Ada company yang tak pernah langsung buat apa² majlis untuk meraikan pekerja seperti dinner atau family day. Kesian sungguh...
  • kerja berlebihan dan tidak sepatutnya. Ada bos yang bagi kerja yang tak sepatutnya pekerja diaorang buat seperti membeli barang dapur untuk bos diaorang. Lain la pekerja diaorang tu pembantu rumah. Ada yang kena buat kerja orang lain kerana bos nak jimat kos. Tidak mahu tambah pekerja. Bagi sesetengah orang, diaorang tidak kisah kalau buat kerja untuk orang lain asalkan mendapat gaji atau insentif yang berbaloi.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang mengurangkan semangat nak buat kerja ni. Korang yang bekerja mesti pernah lalui waktu² semangat kerja berkurangan. Apa pun, SELAMAT BEKERJA DI HARI ISNIN kat semua blogger.

Khamis, 7 Julai 2011

Pindah ke mana sebenarnya ni??

Silap siapa??

tak tau la sama ada komputer ni silap papar atau website tu yang silap...
harap² komputer ApiH yang silap...
kalau tak, malu website besar dan hebat camni buat silap...
ke ApiH yang silap paham apa yang website tu tulis??
maklum la, english pun tak berapa reti sangat ApiH ni...  heheee..

Moral of the story : manusia tak perfect, mesti ada buat silap... hehee..

Selasa, 21 Jun 2011

Antara TNB dan Lilin

ApiH rasa ada yang pernah dengar citer ni, tapi ApiH nak tulis jugak.
Citer ni ApiH dapat dari email seorang kawan ;)


Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan..

Pada suatu malam si isteri memeluk leher suami,
dengan nada manja seraya berkata, "Ayang,
period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak
pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat
dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa
pun tentang perkhabaran gembira ini sehingga
ianya benar-benar pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh
pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakan
dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka.

Pegawai TNB tu pun berkata: "Ini rumah En. Ahmad ker?" 
"Ya, saya ni isterinya. Ada apa encik?"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan
lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss
saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas
balik cakap pegawai TNB tu.

"Apa? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni
sebulan lewat?!"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab:
"Ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam
komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu
lagi terkejut. "Apa!!! Saya lewat sebulan pun
awak semua boleh tahuuu!"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan
"Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada
yang lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yang terperanjat beruk dengan kenyataan
pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan
suami saya. Lalu pegawai TNB tu pun beredar
dari situ.

Keesokan harinya, selepas si Ahmad ini di beritahu
oleh isterinya. Dia pun naik berang dan terus ambik cuti
dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan.

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai
TNB yang ramai di situ, dia pun memekik seraya
berkata,

"Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun
nak heboh-hebohkan ke dalam Internet. Awak ni
semua yang berkeluarga tak pernah lewat sebulan
kerrrr?!! Bisness apa korang buat niii?
Nak kena saman kerr?

Lalu pegawai yang datang kerumah si Ahmad ni
berdiri dan mententeramkan keadaan. "Sabar encik,
sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan
perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu
membuatkan si Ahmad lagi naik berang.

"Apa? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "Kalau macam tu,
Kita terpaksa 'potong' encik punya...."

Si Ahmad mencelah "apa? potong?! Abih tu isteri
saya di rumah nak pakai apa?"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanya
isteri encik kena pakai LILIN ajer laaaa...."

=TAMAT=



Sabtu, 4 Jun 2011

Karaktor kartun yang paling popular

Mengikut interview dan research yang telah dilakukan di kalangan peminat kartun di Jepun, maka keluar la senarai karaktor kartun yang diaorang paling minat...

25. Ryotsu Kankichi 

24. Ashita no Joe

23. Bakabon no Papa

22. Kenshiro

21. Ponyo

20. GeGeGe no Kitaro 

19. Nobita Nobi (Doraemon)

18. Nekobasu 

17. Amuro Rei (Gundam)

16. Rilakkuma 

15. Arale-chan 

14. Lupin III

13. Peko chan

12. Kamen Rider 

11. Urutoraman 

10. Son Goku 

9. Kureyon Shin Chan

8. Chibi Maruko Chan

7. Sazae-san

6. Pikachu

5. Astro Boy

4. Mario 

3. Totoro

2. Hello Kitty 

1. Doraemon

Ada kartun yang pernah ApiH tengok, ade yang tak pernah...
ni semua kartun yang popular di JEPUN SAHAJA..
kat Malaysia ni kita ada Upin & Ipin... 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...