Isnin, 22 Ogos 2011

Baju Raya

Lagi seminggu, kita akan menyambut hari Raya Aidilfitri. Masing² sibuk menyiapkan persiapan untuk menyambut hari raya. Jalan di bandaraya KL pun sesak dengan orang ramai terutama hari minggu. Sabtu malam Apih keluar untuk jumpa member² time study dulu. Ingat nak lepak kat Kg. Baru. Masuk je area Kg Baru tu, dah mula sesak teruk. Terpaksa la ubah rancangan ke tempat lain. 


Gambar hiasan..
Berbalik kepada tajuk entry kali ni, baju raya korang semua dah siap belum? Atau beli yang dah siap? Baju raya Apih baru je siap. Tahun ni beraya di kg sendiri, so mak Apih jahitkan baju raya untuk Apih sekeluarga. 


Gambar hiasan..
Baju raya korang berapa helai tahun ni? Biasa kalau perempuan, banyak helai kan? Kalau ApiH, beli sehelai atau 2 helai dah cukup. Tapi tak tau la orang lain camne. Kadang² Apih tengok orang beli baju raya banyak² ni macam membazir terutama kalau just pakai time raya je, lepas tu simpan dalam almari. 


Gambar hiasan lagi...
Ada perempuan yang buat baju kurung sampai 10 helai tapi just pakai time raya aje. Lepas tu simpan dalam almari sebab biasa pergi keje pakai baju formal je. Kalau pakai balik baju kurung raya tu pun kalau pergi kenduri atau majlis. Tapi bukan semua perempuan la. Sesetengah aje.. Heheee...

6 Komen:

Dr. Bentara berkata... Reply to comment

Baju raya beli siap je bro... tempah2 ni tak larat.

K berkata... Reply to comment

hehe, dah lama tempah siap :P

ApiH berkata... Reply to comment

@ Dr. Ben

bagus la.. tapi kadang2 nak cr yang sama saiz dan kena dengan kehendak tu susah kalau yg dah siap ni... heheee..

ApiH berkata... Reply to comment

@ sergeant keroro

semangat nak raya tu.. hehee..

Nani.Najwa| Malaysian berkata... Reply to comment

beli baju tunjuk je hehehe ..saat akhir mesti murah ..mai3 dtg JB .jemput raye dtg umah :)

ApiH berkata... Reply to comment

@ teh tarik

baju tunjuk paling senang dan cepat dapat tu. tunjuk, lepas tu keluar duit, siap satu baju. heheee..
jom semua pegi JB. open house raya ke berapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...