Rabu, 8 Jun 2011

Kenduri kahwin

2 minggu ni, hujung minggu je jadual dah penuh. Penuh dengan jemputan kenduri kahwin. Minggu lepas je ade 2 jemputan. Satu pergi, satu lagi tak dapat hadir coz jauh. Kirim salam je la. Hujung minggu ni pun ade 2 lagi jemputan. 



Tapi hukum menghadiri kenduri kahwin ni wajib bila dijemput, kecuali ade sebab² tertentu dan majlis tersebut tiada unsur maksiat dan khurafat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Apabila kamu dijemput menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


So kalau takde ape² sebab atau keuzuran, kita kena hadir kalau dah orang jemput. Dapat la jumpa member² lama kat mahjlis tu. Eratkan silaturrahim. Tapi nak hadirkan diri ke majlis perkahwinan ni pun ada syarat wajibnya. Ni serba ringkas syarat wajib untuk menghadiri majlis perkahwinan:

  • jemputan undangan perkahwinan tidak khusus kepada orang kaya sahaja
  • tiada berlaku maksiat dan mungkar di majlis tersebut
  • yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam
  • wang perbelanjaan bukan dari sumber yang haram
  • kita diwajibkan menghadiri perkahwinan pada hari pertama sahaja, sekiranya majlis diadakan 2 hari, kehadiran hari kedua adalah sunat, dan hari ketiga adalah makhruh.  


Jika ada yang ApiH tertinggal, sila bagitau dan komen.

4 Komen:

Dr K berkata... Reply to comment

bila tiba musim cuti sekolah, memang dapat 3-4 undangan pada hari yang sama! so mmg kena buat pilihan yg tepat. Kalau hebat, pergi semuanya..:)

ApiH berkata... Reply to comment

@ Daddy Ziyyad

yela.. 2-3 jemputan seminggu. minggu depan jemputan lain plk...
kalau dekat2 boleh la pergi semua, klu jauh, kirim salam je la.. hehee..

Meteoragurlz berkata... Reply to comment

abis kalau yang kita jemput 2 beragama lain x boleh ke ek??

ApiH berkata... Reply to comment

@ Meteoragurlz

tak wajib la kita hadir ke majlis tersebut. kat sini ade penerangan skit.. Syarat wajib memperkenan jemputan perkahwinan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...