Isnin, 11 Julai 2011

Semangat kerja

Hari ni adalah hari pertama bekerja untuk minggu ni. Memang rasa malas sangat kalau hari Isnin ni nak buat kerja terutama Apih ni. Nak bangun tidur pun liat je kalau hari Isnin. Hehee..



Sebenarnya nak kerja ni kena ada semangat baru best @ syok buat kerja. Kalau takde semangat, apa pun tak boleh... Banyak faktor yang menyebabkan kurang semangat untuk bekerja ni. Antara faktornya mengikut apa yang Apih rasa ialah ;

  • tempat kerja yang jauh dari rumah. Bagi Apih, tempat kerja jauh memenatkan. Nak ulang alik tiap² hari, lalu jalan yang sesak menyebabkan kita rasa malas nak kerja sebab penat. Kualiti kerja pun menurun.
  • kurang insentif dari company. Bos yang agak kedekut dan berkira ni yang buat rasa nak blah aje dari sesebuah company tu. Bila tanya pasal kenaikan gaji je, 'company takde untung ini tahun'. Tapi bos boleh pulak pakai kereta besar². Camne nak ade semangat kerja camtu. Ada bos yang hanya pandai janji tapi bila sampai masa kena tunaikan janji, semua senyap je. 
  • bos pilih kasih. Ni buka rancangan Pilih Kasih yang Rosyam Nor tu. Ni pilih kasih yang buat kita rasa makin takde semangat nak buat kerja. Bos camni suka dibodek. Kalau pekerja tak pandai bodek, sori la..
  • sosial. Apa yang dimaksudkan dengan sosial ialah kurangnya silaturrahim antara pekerja. Ada company yang tidak memikirkan pekerja diaorang, just suruh kerja, kerja dan kerja aje. Tiada waktu untuk pekerja lepak sama², lepak dengan bos. Ada company yang tak pernah langsung buat apa² majlis untuk meraikan pekerja seperti dinner atau family day. Kesian sungguh...
  • kerja berlebihan dan tidak sepatutnya. Ada bos yang bagi kerja yang tak sepatutnya pekerja diaorang buat seperti membeli barang dapur untuk bos diaorang. Lain la pekerja diaorang tu pembantu rumah. Ada yang kena buat kerja orang lain kerana bos nak jimat kos. Tidak mahu tambah pekerja. Bagi sesetengah orang, diaorang tidak kisah kalau buat kerja untuk orang lain asalkan mendapat gaji atau insentif yang berbaloi.
Sebenarnya banyak lagi faktor yang mengurangkan semangat nak buat kerja ni. Korang yang bekerja mesti pernah lalui waktu² semangat kerja berkurangan. Apa pun, SELAMAT BEKERJA DI HARI ISNIN kat semua blogger.

3 Komen:

Dr K berkata... Reply to comment

Motivasi terbaik utk kita rajin dan komited bekerja ialah, dengan menanamkan dalam hati bahawa kerja itu Ibadah..dan Ibadah perlu dibuat secara ikhlas. Bayaran Allah ialah segala galanya (dibanding dgn bayaran majikan)

ApiH berkata... Reply to comment

@ Daddy Ziyyad

betul tu. nawaitu kna betul baru ada semangat nak kerja...

Qaseh Dalia berkata... Reply to comment

kerja saya boring sgt ..sbb xde kerja nak buat kwkwkw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...