Isnin, 25 Julai 2011

Parking Bertingkat

Parking bertingkat atau rotary type parking system (seperti Fast and the Furious : Tokyo Drift)  dikatakan satu²nya di Malaysia dan ia terletak di Kuala Terengganu. Balik kampung nanti ApiH kena try parking sini. Lain dari yang lain. Ia dibina dengan kos RM9.8 juta dan telah banyak digunakan di negara² seperti Korea, Jepun dan England. Ia mampu menampung 232 unit kenderaan.


Bayaran dikenakan sebanyak Rm2.50 untuk sejam pertama dan RM1.00 untuk jam seterusnya sementara RM150 untuk sebulan. So, RM9.50 untuk 8 jam waktu bekerja. Berbaloi tak?




Bagi Apih, ada baik dan buruk parking kereta kat sini. Kebaikannya; boleh elak kecurian barang dalam kereta sebab kereta semua berada di atas dan dikawal dari bawah. So takde orang boleh naik ke atas. Lagi satu, kereta tak panas sebab bawah bumbung dan bawah kereta lain. 


Keburukannya; kalau tertinggal barang dalam kereta, dah kena turunkan kereta tu balik. Tak tau la sama ada akan dikenakan bayaran baru kalau kereta diturunkan hanya untuk ambik barang tertinggal. 




Parking ni terbahagi kepada 2 bahagian, satu untuk kenderaan biasa, satu untuk kenderaan besar seperti SUV









1 Komen:

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine berkata... Reply to comment

macam2 ada dalam dunia sekarang ni kn :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...