Sabtu, 10 September 2011

Lubang jahat

Gambar hiasan


Di Malaysia ni, terdapat banyak sangat lubang jahat. Ada di merata². Tak tau la salah siapa. Tapi kebanyakan lubang jahat ini wujud disebabkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral. Disebabkan lubang jahat ini, ramai yang merana.



Lubang yang Apih maksudkan tiada kena mengena dengan gambar di atas. Inilah lubang jahat yang Apih maksudkan...





Banyak kes yang dilaporkan akibat lubang jahat ni. Ada yang menyebabkan kematian dan kecederaan. Siapa yang salah? Ada sesetengah orang cakap, pencuri yang bersalah kerana mencuri penutup lubang jahat tu. Tapi bukan semua disebabkan pencuri. Ada yang disebabkan oleh penyelengaraan pihak tertentu yang tidak menutup kembali lubang atau tidak membaiki penutup lubang yang rosak. 


So senang cerita, kita sendiri kena berhati² apabila berjalan. Jangan jadi macam Apih, jatuh dalam lubang jahat tu semalam. Nasib baik tak besar, hanya sebelah kaki je masuk lubang. Tapi cedera la jugak sikit kaki ni. (pesanan ikhlas khidmat masyarakat oleh Apih. hehee..)

3 Komen:

- abdul hadi abdul muti - berkata... Reply to comment

kalau motor lalu lubang tu, mesti patah punyalah

ApiH berkata... Reply to comment

@ -abdul hadi abdul muti-

tu la pasal... kalau motor aje yg patah xde hal la, ni penunggang pun sama...

Noor berkata... Reply to comment

huh....bsrnya lubang jahat tue...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...