Jumaat, 17 Disember 2010

Jalan Paling Unik Di Dunia

Jalan Paling Pendek Di Dunia (Ebenezer Place – Scotland)


Jalan yang terletak di Scotland ini hanya sepanjang 2.06m. Hanya terdapat satu alamat saje di jalan ini iaitu Hadapan Pintu Bistro No 1, yang merupakan sebahagian dari sebuah hotel yang dibina pada tahun 1883.


Jalan Paling Sempit Di Dunia (Spreuerhofstraße – Germany)



Terletak di Baden-Württemberg, Germany, jalan ini hanya selebar di antara 31cm hingga 50cm; muat untuk seorang je. Ia dibina pada tahun 1727 setelah kawasan tersebut musnah akibat kebakaran besar pada tahun 1726.

Klik sini kalau nak tau lebih lanjut


Jalan Paling Curam Di Dunia (Baldwin Street – New Zealand)




Kawasan curam diturap dengan konkrik untuk memudahkan baikpulih (tar akan turun ke bawah ketika cuaca panas; betul ke?) dan sesuai untuk musim salji.

Jalan yang sesuai untuk main skate board. Hehehe...



Jalan Paling Banyak Selekoh Di Dunia (Lombard St – San Francisco) 




Jalan paling bengkang bengkok di dunia terletak di San Francisco. Had laju kenderaan yang melalui jalan ini hanya 5mph atau 8.04672km/h. Jalan ini hanya satu arah (one way) dan jalan ini terletak di kawasan perumahan mewah. Jalan ini dibina begini kerana tahap kecerungan yang tinggi dan memudahkan penjalan kaki untuk melalui jalan ini tanpa rasa penat mendaki.

Ade sape² berani drift kat jalan ni?? hehehee...


Laluan Simpang Paling Rumit (Judge Harry Pregerson Interchange – Los Angeles)


Mempunyai 4 tingkat laluan, sudah cukup membuatkan kita pening. Laluan ini bertujuan untuk melancarkan lalulintas di lebuh raya ini.

Kalau la kat negara kita ada laluan sebegini....



Lebuhraya Terpanjang Di Dunia (Highway 1 – Australia)




Merupakan rangkaian lebuhraya di benua Australia yang menyambungkan semua negeri. Jumlah panjang lebuhraya ini ialah 14,500km yang merukan lebuhraya terpanjang di dunia mengalahkan Trans-Siberian Highway; 11,000km dan Trans-Canada Highway; 8030km.

Agak² berapa tol lebuhraya ni ye??



Bulatan Terbesar Di Dunia (Putrajaya – Malaysia)



Maybe ramai tak perasan time jalan² pusing Putrajaya yang diaorang maybe melalui bulatan terbesar di dunia. Panjang bulatan ialah 3.4km yang dipanggil Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Klik sini...

Petang ni boleh la pusing² Putrajaya....


Jalan Terbesar Di Dunia (9 de Julio – Buenos Aires, Argentina)



Mempunyai sembilan lorong laluan satu arah merupakan jalan terlebar di dunia. Klik sini..

Tu pun nampak macam 'jam' lagi. Kalau la Malaysia buat jalan sebesar ni, agak² 'jam' lagi ke jalan?



Jalan Terpanjang Di Dunia (Yonge St – Ontario, Canada)


Jalan sepanjang 1896km ini terletak Kanada di antara Lake Ontario dan Lake Simcoe di wilayah Ontario, Kanada. Walaupun begitu, The Guinness Book of World Records tidak lagi menyenaraikan jalan ini sebagai terpanjang di dunia kerana telah rekod tersebut telah diganti Pan-American Highway sebagai jalan 'motorable road' terpanjang di dunia.



Bulatan Paling Membingungkan Di Dunia (Magic Roundabout – Swindon, UK)



Dibina pada tahun 1972, bulatan ini mempunyai lima bulatan kecil di dalam bulatan besar. Bulatan ini telah dipilih sebagai simpan ke-4 paling merbahaya di Britain. Pening²...



0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...