Rasanya ramai yang tak pernah bawak motorsikal kan? Buat lesen kelas B2 dan D tapi motorsikal tak pernah bawak sebab dah ada kereta.
Apih pulak dah bawak motor ke mana² dah baru buat lesen. Heheee.. Biase la duduk di kawasan luar bandar, polis tak ramai. Tapi sekarang lesen dah ada dan hari² Apih ulang alik kerja naik motor sejauh 60km sehari. Macam² karenah penunggang motor dan kereta Apih lalui tiap² hari.
 |
Yang camni Apih belum jumpa lagi. Hahaa.. |
Tiap² pagi Apih kena lalui jalan 'jam', so terpaksa la 'cilok' antara kereta. Kadang² Apih akan jumpa pemandu kereta yang agaknya tak pernah bawa motor sebab masuk kiri kanan sesuka hati tanpa bagi 'signal'. Tu menyebabkan penunggang motor terpaksa brek 'emergency'. Kalau pemandu kereta tu pernah bawa motor, mesti dia faham situasi penunggang motor bila jalan 'jam' ni.
Kadang² bila penunggang motor bunyikan hon, sesetengah pemandu kereta ni boleh pulak tunjuk jari tengah kat pemandu motor tu. Pernah sekali Apih tengok ada penunggang motor berhenti motor dan nak bergaduh dengan pemandu yang buat isyarat lucah tu. Pucat muka pemandu tu. Dah la pemandu tu perempuan. Masuk sesuka hati. Bila orang hon, nak marah² orang pulak.
 |
Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang.. |
So kepada pemandu kereta, sila bertimbang rasa apabila memandu terutama apabila nak ke kiri atau kanan. Tak kira la pemandu perempuan atau lelaki ;)